datuk nenek
pemergianmu sangat ku rasa sampai sekarang, semoga kamu tenang di alam sana, semoga Allah sentiasa menerangi tempat tinggal mu dengan cahaya yang terang tanpa gelip gelita,
wahai sahabat,
hargailah ape yang kamu ada sekarang supaya kamu tidak akan menyesal suatu hari nanti,
bantulah mereka yang tidak terdaya sebaik mungkin agar kamu akan merasa ketenangan kelak apabila kamu tidak akan dapat melihat, menyentuh, menegur, dan bergurau dengan nya kelak. hargai lah apa yang ada di depan anda sekarang. luang kan lah masa sekejap untuk mereka walaupom kamu sesibuk perdana menteri, jangan nanti apabila sudah tiada kamu hanya meratapi yang tak akan kembali,
wahai sahabat,
ibubapa kita sangat berharga dalam hidup kita, tiada mereka tiada lah kita untuk merasa alam dunia sekarang. kita patut berterima kasih kepada mereka sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir kerana dari kecik mereka lah yang bersusah payah menjaga, merawat, mengajar, mengasuh, memdidik kita. setitik air susu yang diberikan haruslah kita bayar dengan membantu mereka dihari tua.
kenapa kita harus menghantar mereka ke rumah warga tua????
apakah tidak sanggup kita sebagai seorang anak membasuh najis mereka, merawat ketika susah, sedangkan mereka tidak membenarkan walaupom seekor nyamuk hinggap di badan kita ketika kecil, mereka samggup berjaga malam untuk menjaga kita ketika sakit, sanggup tidak makan demi anak, tapi apa yang kita balas kepada mereka?? menghantar mereka kerumah orang2 tua???? begitukah cara kita membalas jasa mereka,,,sedar lah wahai kawan-kawan
kesedihan tidak dapat di bendung
No comments:
Post a Comment